Sabtu, 31 Disember 2011

kisah sepanjang 6 bulan di giatmara yang aku alami..

selama 6 bulan aku bljar di giatmara macm2 ragam yang aku jumpai selama ini yang blum lagi aku alami dalam kehidupan aku selama ni...permulanya memang aku tak ada rakan permpuan dan tak ramai pun rakan permpuan di giatmara k.l perkenalan mula pada situ juga dan disitulh aku cuba mengenali mereka tapi hanya 2 n 3 orang saja yang aku rapat pada kebyakan orang dalam giatmara..masa demi masa aku perhatikan rakan2 giat macm2 ragam yang aku jumpa ada yang pntingkan diri sendiri dan ada juga tidak bekerjasama antara satu sama lain dan juga ada kes yang boleh menjatuhkan maruah giat dan menyusahkan rakan2..pada mulanya diorang bekerjasama tapi bila dah pertengahan dan akhir diorang pentingkan diri sndiri...segala nasihat yang cikgu naharah berikan diorang tak buat endah tak endah je...terutama sekali budak2 foto..ada benarnya nasihat cikgu naharah pada kita semua kita akan sedar luar sana apa yang cikgu bagi thu mmg btul...segala kenangan manis yang aku lalui semuanya jadi hancur sbb kalau sorang yang buat perangai tidak bekerjsama smua orang akan terbabit sekali...aku sedih sekli sbb apa yang aku lalui smuanya pahit yang aku tempuhi selama ni...hanya dalam bengkel tsk saja yang aku rasa manis sewaktu jamuan kelas di adakan...dan juga aku dpt bergaul dgn syamil dan muzil diorang sporting gila dan aku dapat usik si muzil yang kadang2 gurau dan kadang2 dia boleh bekerjasama...terima kasih syamil dan juga muzil kerana telah mengmbirakan kak selama 6 bulan ni....:)

Sabtu, 15 Oktober 2011

Cerita Pendek Stanza Cinta

episod 1
Cik Ainon mendera para pelajar. Cik Ainon mengejar pelajar bagai orang gila sehingga ke bilik tidur pelajar. Semua orang tidak suka padanya, seperti warden penjara, Cik Ainon sakit jiwa kerana Andartu tua hidup seorang diri, tiada ilmu agama, jiwa kacau dia seorang kaki bomoh bagi mengelakkan pekerjaannya, kekuasaannya dan dalam menangani pelajar yang ingkar padanya. Amni pernah mengalami kejadian bajunya basah disimbah air oleh pelajar lain Amni terpaksa curi menyidai pakaian di ampaian milik warden Cik Ainon(berhati busuk). Amni seorang gadis miskin yang bergantung harap kepada duit PTPTN sahaja. maka kemana pergi bekalan rati sentiasa di dalam begnya, Auni yang menyedari kemiskinan Amni mula melemparkan kemewahan kepada Amni bagi memancing perhatian Amni.

episod 2
Amni bergaduh besar kali pertama dengan Cik Ainon. Kakinya sakit akibat di tolak jatuh oleh Cik Ainon. Irfan yang ingin memulangkan buku kepada Amni ke klinik tetapi ditangkis oleh Auni,Auni membawa Amni jumpa tukang urut, tetapi rupanya tukang urut itu telah meninggal dunia. Auni mengambil kesempatan ini. Auni meneruskan modus operandi cinta lesbiannya dengan mengurut kaki Amni yang terseliuh dengan urutan cinta, tanpa disedari Irfan terlihat insiden tersebut. Cik Ainon bertemu bomoh hitam (jawa). dia menggunakan method kuasa kemenyan dan keris kerana dia merasakan Amni telah melampaui batas. Dia meminta bomoh hitam menangkis Amni dari hidupnya sebagai pengeras dia membawa beberapa biji telur ayam beranak pagi itu. malangnya misi tidak berjaya.

episod 3
Amni mengambil surat saman dari Ainon. peperangan mulut berlaku diantara mereka. Cik Ainon bertemu bomoh hitam (baby shaolin berumur 6 tahun) dia menggunakan method cara pemujaan patung Armoni. sebagai pengeras dia membawa darah ayam dlam flask. Tok cha memberi Cik Ainon tangkal kuning agar Cik Ainon dapat melindungi dirinya dari amni. Fadhli mula memberi maklumat dan jejak Amni kepada Irfan. Irfan mendapat tahu dari Fadhli bahawa permasalhan Amni dan Cik Ainon talah mencpai tahap kritikal. Irfan melaotarkan Idea kepada Amni untuk menggunakan pengaruh papanya bagi menyelesaikan masalah Amni.

episod 4
Irfan memberitahu kepada Amni mengenai cinta lesbian Auni dan memberi Amaran agar menjauhi Auni. Umairah memberitahu Amni dia dimarahi oleh Auni kerana memberi hadiah. Umairah memesan kepada Amni supaya menjauhi Auni kerana tidak mahu Amni terjebak cinta lesbian Auni Amni bergaduh lagi dengan Cik Ainon ini bukan perang dunia kedua tapi lebih kepada meletusnya perang dunia ketiga. Cik Ainon sudah hilang sabarnya. Cik Ainon bertemu bomoh hitam usop wilcha menggunakan method Qarin untuk bertanya soal jawab bagi mencari maklumat tentang kelemahan Amni hari itu Cik Ainon membawa pulut kuning sebagai pengerasnya. bomoh meminta Cik Ainon membawa seluar dalam dan rambut Amni pada kunjungan akan datang. Cik Ainon marah dengan permintaan tersebut kerana agak mustahil dia mendapat benda tersebut.

episod 5

Lamaran Irfan ditolak oleh Amni. Ini adalah Amni berharapkan ada seorang lelaki soleh yang dapat menjadi imam dan juga membimbingkannya ke jalan yang benar. Amni tidak dapat menerima perwatakkan Irfan yang kebudakkan-budakkan dan cetek ilmu pengetahuan agama. Irfan kecewa dengan keputusan Amni dan mula menyibukkan dirinya dengan projek utara tanah air, yang terletak di perlis, Taufiq bertemu kali pertama dengan Irfan dalam perjalanan perlis ke kuala lumpur  Taufiq memberi nasihat kepada Irfan yang kecewa dalam cintanya. Taufiq mengeluarkan tiket undangan percuma kepada Irfan untuk menghadiri konsert amal tsunami.

episod 6
Umairah sedang sakit di ICU, DR Ikram berbincang dengan ibu bapa Umairah untuk dipakaikan mesin oksigen. Amni berada di hospital untuk menemui Umairah dia membawa hadiah diberikan kepada Umairah kerana hari jadinya Umairah. Amni terdengar perbualan DR.Ikram dan Taufiq tentang life support Umairah akan dicabut. Iqlima muala ponteng kelas, kecewa dengan tindakan abanganya,Irfan. Irfan kasihan melihat penderitaan Iqlima. Irfan memberikan kad undangan kepada Fadhli agar Fadhli menghadiri konsert itu bersama Iqlima. Irfan memujuk Fadhli supaya meneruskan hubungan dengan Iqlima. Fadhli mengambil kesempatan itu untuk membolot harta ibu bapanya Iqlima.

episod 7

Amni menyedari surat petisyen hilang Amni kelam kabut. Amni mula menyoal siasat Auni tentang kehilangan surat petisyen itu habis barangan Auni digeledahnya Amni bersemuka dengan Auni. Cik ainon kepuasan selepas dia selesai membakar surat petisyen itu sekurangnya dia mencemarkan namanya di meja Ahli Lembaga Hal Ehwal Pelajar dia merasa separuh kemenangan ditangannya Cik Ainon membuat perancangan C bagi menganiaya Amni, dia teringatkan pada Thesis yang dipadangnya di atas meja Amni dahulu, dia memasuki bilik Amni dan mencuri thesis Amni. Namun Auni terjaga dari tidurnya dan membuatkan Cik Ainon lari dengan kelam kabut dan Auni melihat kelibat seseorang mencampakkan thesis Amni di tepi pintu.

episod 8




Umairah meninggal dunia. Amni pengsan setelah mendengar berita dari doktor mengesahkan Umairah meninggal dunia. Umairah muncul dalam mimpi Amni ketika Amni pengsan dengan memakai pakaian serba putih sambil tersenyum memandang Umairah.  Taufiq memujuk Amni yang kesedihan dengan memberi sebuah hadiah berupa buku tulisan tangan olehnya. Buku tersebut mengandungi nasihat dan tazkirah untuk Amni Taufiq juga menjemput Amni untuk menghadiri konsert amal tsunami. Ambi yang mula menyukai Taufiq berssetuju untuk menerima perlawaan Taufiq. Taufiq berbincang di rumah Dr.Ikram bahawa Amni setuju untuk ke konsert amal tsunami itu. Dr.Ikram senyum dan membisikkan sesuatu ke telinga Taufiq.

episod 9

Auni bergegas menyelamatkan Amni dari dilanggar oleh kereta Cik Ainon. Kereta Cik Ainon terbabas dan melanggar  pokok. Auni dan Amni tidak menyedari disatu sudut yang  jauh, Iqlima juga menjadi mangsa didalam kemalangan ini. Amni menyelamatkan Cik Ainon walaupun telah dihalang oleh Auni. Cik Ainon dihantar ke klinik oleh ambi ekoran kemalangan itu. Auni meminta Amni membuat laporan polis dan Iqlima tercampak ke tepi bukit kandungannya keguguran. Namun, nasib Iqlima baik kerana pada ketika itu juga kerta Dr.Ikram lalu disitu dan menyelamatkankannya sebelum Auni dan ambi sempat melihatnya di dalam keadaan begitu. Dr. Ikram terus memberi rawatan segera ke atas Iqlima yang keguguran itu.

episod 10

TNC memberikan kata dua kepada Cik Ainon sema ada berhenti  dari membuat kejahatan terhadap amni atau di penjarakan. Cik Ainon memilih untuk diberhentikan. Fadhli mula rapat dengan Auni setelah meninggalkan Iqlima secara tidak sengaja. Auni mula meminta amni mengajarnya cara berpakaian wanita dan juga memakai lipstik. Taufiq berhadapan dengan halangan dari kampung untuk menikahi Amni dia menghubungi Amni untuk memberitahu mengenai halangan dari pihaknya. Taufiq memberi jaminan dia akan menyelesaikan perkara itu Taufiq dipaksa oleh ibunya supaya menikahi calon wanita pilihannya. Amni berdoa bermunajat agar urusan pernikahan antara dia dan Taufiq dipermudahkan. Amni pulang ke kampung untuk meminta restu sebelum peperiksaan dia sekali gus menunjukkan gambar Taufiq kepada ibu bapanya.

episod 11

  Amni terima surat putus lamaran dari Taufiq. Amni kecewa, marah dan kesedihan kerana lamaran dari Taufiq dibatalkan. Jiwa Amni terganggu dan dia menyendiri. Cuti semester(UITM) amni pulang ke kampung, namun ibu Amni mula menekan isu perkahwinan. Mereka hairan melihat perlakuan amni yang banyak menyendiri. Amni merayu pada TNC agar mengembalikan semula Cik Ainon kepada pekerjaanya. Amni ingin melaksankan permintaan Umairah yang menasihati Amni supaya memaafkan Cik Ainon. Cik Ainon bersyukur mendapat semula kerjanya dan mula membaiki hubungannya dengan allah. Cik Ainon mengunakan waktu cuti semesternya untuk bermuhasabah diri. Cik Ainon mula mendirikan solat,jiwanya semakin tenang.

episod 12
 
Amni menerima lamaran kedua dari Irfan. Ekoran tekanan ibunya serta menyangkakan Irfan itulah jodohnya,amni menerima lamaran tersebut. Ibu Amni menasihati amni berkenaan jodoh dan aturan tuhan ibu amni mengatakan supaya menikah dengan orang yang mencintai diri Amni seadanya. Amni menerima pandangan ibunya dan bersetuju irfan memang terbaik untuknya. Irfan bersyukur kepada allah yang tidak terhingga kerana akhirnya dia berjaya memiliki cinta amni. Irfan semakin kuat beribat dan kerap menemui ustaz yazid dan Irfan berpura-pura menjalani kehidupan ceria kerana ingin menyembunyikan penyakitnya dari semua orangI. Dr.Ikram dan Iqlima di bawah sinaran bulan membincangkan soal hati masing-masing. Cik ainon menemui amni dan memohon maaf dan kini telah pun bertaubat. Cik Ainon menawarkan dirinya untuk menjadi mak andam Amni di hari pertunangan amni dan Irfan.

episod akhir
 
Doktar keluar dari pintu bilik Irfan dan memanggil Amni, Fadhli dan Auni untuk masuk. Jururawat membisikkan sesuatu di telinga Amni. Amni terduduk pucat dan kebetulanTtaufiq,Dr Ikram dan Iqlima turut  berada di hospital, bergegas ke bilik Irfan. Iqlima tidak menyangka bahawa mangsa tersebut adalah abangnya. Iqlima meraung dan dipapah oleh Dr ikram. Fadhli dan Auni melihat keadaan Amni dan Iqlima yang lemah itu. Taufiq terkejut bahawa Irfan yang dikenalinya selama ini adalah juga tuning kepada Amni. Taufiq berusaha menenangkan amni. Dr ikram pula tidak menyangka bahawa Irfan itu adalah abang Iqlima.